Pantun |
Sumber |
Tema |
Supaya kuncup jangan berkarat Kayu yang semak kita siangi; Supaya hidup jangan melarat, Ibu dan bapak kita sayangi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau kuncup hendak berbuah, Jangan ditebang kayu nan rampak; Kalau hidup hendak bertuah, Jangan dibuang ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yang nasi dijerang, Yang kuncup dipotong; Yang mati dikenang, Yang hidup disanjung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Alangkah elok kembang seroja, Diseri kumbang kuncup tak layu; Memanglah elok orang bekerja, Diri terpandang hidup tak malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila batang tidak berakar, Buah gugur kuncup pun layu; Bila hutang tidak terbayar, Maruah hancur hidup pun malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |