Pantun |
Sumber |
Tema |
Kukur nyiur perah santan, Anak kijang di Bukit Lagi; Kalau nak tengok hati jantan, Cuba bujang sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Hari-hari mengetah tekukur, Tekukur banyak di pinggir desa; Kukur apa pada kukur, Nyiur jugalah yang akan binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Cepatlah kukur kelapa sebelah, Kerana pengat sudah menanti; Ingatlah syukur kepada Allah, Kerana nikmatnya tiada berhenti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kait kelapa kukur kelapa, Kupas ubi buat pengat; Hendak kulupa tak terlupa, Kerana budi sudah terpahat. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Bunga dikarang bunga sena, Kukur kelapa buat laksa; Doa rakyat telah terlaksana, Syukur kepada yang maha kuasa. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Baik-baik mengukur kelapa, Salah kukur terkena tangan; Baik-baik menegur hamba, Salah tegur binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau hendak mencari cendawan, Cubalah cari cendawan kukur; Kalau hendak mencari kawan, Carilah kawan sampai ke kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kukur |
|
Puisi |
---|
|
Kukur nyiur perah santan, Anak kijang di Bukit Lagi; Kalau nak tengok hati jantan, Cuba bujang sekali lagi.
Lihat selanjutnya... |
|