Pantun |
Sumber |
Tema |
Bagaimana kuali takkan kering, Bila minyaknya tidak ditambah; Bagaimana hati takkan runsing, Bila akhlaknya banyak menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Besarlah kuali dari belanga, Supaya mudah orang merendang; Biarpun hati kami merana, Kerana sumpah abang kukenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kuali tidakkan retak, Ditimpa dulang jatuh ke lantai; Bagaimana hati tidakkan rosak, Baru bertunang sudah bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kawah kuali minta tudungi, Hendak berisi haruman padi; Kalau sekali kami ampuni, Jangan saja sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sungguh bertuah kuali tembuk, Banyak diisi takkan melimpah; Sungguh bertuah berlaku gemuk, Diajak berkelahi tegak pun susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh bertuah kuali pesuk, Pesuknya membuat api padam; Sungguh bertuah berbini gemu. Gemuknya dapat menjadi tilam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Elok-elok menjerang kuali, Kalau tidak binasa gulai; Elok-elok abang berjanji, Kalau tidak kita bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rebus ketupat dalam kuali, Apa kuahnya rendang kari; Orang bersahabat di sana sini, Tidak luput harumnya di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tutup bukan sebarang tutup, Tutup kuali dari tembaga; Hidup bukan sebarang hidup, Hidup berbudi matinya mulia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Goreng pisang goreng keladi, Mari goreng kuali besi; Anak siapa meronggeng tadi, Cubalah masuk sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |