Pantun |
Sumber |
Tema |
Banyaklah khabar perkara khabar, Tiada terkhabar hari kiamat; Banyaklah sabar perkara sabar, Tidak sesabar Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kami hendak pergi mengail, Tutup rumah kain kasa; Tsunami ibarat kiamat kecil, Cukup sudah seksa dirasa. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Sipitang batu keramat, Tempat orang menjemur padi; Langit bergulung tanda kiamat, Kami tidak mungkirkan janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Cik Amat tukang Kelantan, Kacip besi dengan besi; Kurasa kiamat di dalam badan, Jantung berperang dengan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adat Melayu memuliakan umat, Bersangka baik sesama insan; Kuat Melayu hingga kiamat, Pada yang baik ia bertahan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pasang pelita berhemat cermat, Supaya minyak tidak tertumpah; Kukenang dinda sampai kiamat, Supaya tidak termakan sumpah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Selasih berdahan rapuh, Ke situ tupai melompat; Kekasih berjalan jauh. Kutunggu sampai kiamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila orang memarut pisang, Supaya cepat jangan digaduh; Bila abang takut meminang, Sampai kiamat takkan berjodoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang beradat hemat dan cermat, Bijak menghitung laba dan rugi; Membuang adat umat kiamat, Balak menuntung menimpa negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mengada-ngada diukurlah tidak, Orang mencermat batang padi; Berpandang ada bertegur tidak, Rasa kiamat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |