Pantun |
Sumber |
Tema |
Air keruh bertambah keruh, Musim kemarau semakin panjang: Hatiku rusuh bertambah rusuh, Kerana risau menunggu abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air keruh telaga keruh, Air di kendi membasuh kaki; Tuan jauh saya pun jauh, Sama kita menahan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Air keruh telaga keruh, Air kunyit pencuci kaki; Adik jauhabang pun jauh, Tidur seminit dimasuk mimpi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak penghulu pergi ke baruh, Sampai ke baruh membeli raga; Kalau di hulu air keruh, Di hilir pun keruh juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Air keruh ikan pun mati, Untuk menjadi datang penyakit; Hati rusuh badan pun lesi, Duduk mengaji tentulah sulit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila di hulu airnya keruh, Tentu di hilir kan keruh pula; Apabila selalu mencari musuh, Tentu akhirnya bergaduh semua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Gali cacing di Kampung Cina, Pergi mengail keruh airnya; Timbang dacing kena sukatnya, Baru berniaga boleh lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Kalau nak pancing ikan sembilang, Di air keruh tepi karang; Jalak berkokok tak putus selang, Biring yang mana tak nak radang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kemana lagi ikan berenang, Air yang jernih menjadi keruh; Ke mana lagi badan menumpang, Kekasih hati dah pergi jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
jika memetik buah petola, Ambil biji jadikan benih; Jika keruh air di kuala, Seribu tahun tidakkan jernih. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata keruh |
|
Puisi |
---|
|
Air keruh telaga keruh, Air kunyit pencuci kaki; Adik jauhabang pun jauh, Tidur seminit dimasuk mimpi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 304 Forgive and forget Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let forgive and forget . Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|