Pantun |
Sumber |
Tema |
Tak usah kertas biru, Kertas putih saya suratkan; Tak usahkan hati yang rindu, Hati yang kasih saya turutkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga Cina lah Cina, jambangan Cina, Layu dibungkus kertas, dalam kertas; Sajak rupa tak bena, saya tak bena, Dalam hati tak lepas, haram tak lepas. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Ambil kertas lukis pelamin, Mari pelekat di papan geta; Saya nak pesan kepada angin, Dah angin pun tak boleh berkata. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Mari dibungkus dengan kertas, Dibawa orang dari Palembang; Dalam telur sudah menetas, Tidaklah lagi menjadi bimbang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tuan pandai menyurat, Suratkan di kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Ubatkan saya hati yang rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tuan pandai menyurat, Cuba surat kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Cuba ubat hati yang rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tuan pandai menyurat, Mari menyurat kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Mari ubat hatiku rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tuan pandai menyurat, Suratkan saya kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Ubatkan saya penyakit rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau abang pandai menyurat, Suratkan saya kertas biru; Kalau abang pandai mengubat, Ubatkan saya hati yang rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang puspa putih bersih, Layu dibungkus dalam kertas; Saja rupa saya tak kasih, Dalam hati haram tak lepas. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kertas |
|
Puisi |
---|
|
Ambil kertas lukis pelamin, Mari pelekat di papan geta; Saya nak pesan kepada angin, Dah angin pun tak boleh berkata.
Lihat selanjutnya... |
|