Pantun |
Sumber |
Tema |
Sakit kepala ditimpa kayu, Makan tidur rasanya pening; Sakit hamba kerana malu, Tuan kutegur tak ambil pusing. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Usahkan menyimpai kepala tiang, Simpai galah abang simpaikan; Usahlah mengunkai di tangan orang, Di tangan Allah abang ungkaikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kain pelikat kepala dua, Jahit dengan benang masturi; Sudah berpakat kita berdua, Cakap orang jangan peduli. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batang mari kepala pukat, Buluh perindu tiada berdahan; Buah hati marilah dekat, Aku rindu tiada tertahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ikan kepala dua, Hanyut mayang dari hulu; Tidak tahan rasanya jiwa, Siang malam menanggung rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tek kerencing orang semandi, Cabut ekor tinggal kepala; Tak sabit barang ke mari, Sesal juga dalam kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Biarlah orang memancung kepala, Kita memancung biji mudanya; Biarlah orang menyanjung rupa, Kita menyanjung isi dadanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak buntut menjadi kepala, Banyaklah unta menjadi tenuk; Sejak si untut bermain bola, Banyaklah si buta datang menengok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Lumur minyak di kepala botak, Lagi baik minyak bijan; Manakah gading yang tidak retak, Di manakah bumi tak timpa hujan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Bi Semat di kepala tangga, Cubalah juak menabur padi; Beri alamat kepada kamek berdua, Dapatlah kamek berdua menghibur hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |