Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau tuan bawa kemudi, Kemudi dibawa di tepi pantai; Kalau kenang kurang budi, Sirih layu lekat di tangkai. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Patah kemudi di Tanjung Jati, Tak tahu haluan ke mana dituju; Tersematlah wajah di lubuk hati, Terjalinlah kasih di lembaran kalbu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Patah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sampan kolek kemudi songsang, Begitu belayar kemudiannya dulu; Badan tergolek hati mengerang, Pilu mendengar nyanyi si bisu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Penat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Jurumudi pegang kemudi, Nyiur bakul peninjau kerang; Bukan sebabnya tidak berbudi, Jangan ketara kepada orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Ajong landai kemudi landai, Landai mari terhirit duri; Adik pandai saya pun pandai, Jangan pula meninggi diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kapal kecil kemudi kayu, Hendak belayar tanah seberang; Kain sekodi pilih sekayu, Boleh dapat cindai terbilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kapal belayar kemudi dipaut, Angin datang dari hutan; Walaupun datang ajal dan maut, Hati kakanda tidak lupakan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bila lancang patah kemudi, Ke mana pergi bahaya dekat; Apabila abang sudah pergi, Ke mana lagi hamba menepat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemudi; |
|
Puisi |
---|
|
Patah kemudi di Tanjung Jati, Tak tahu haluan ke mana dituju; Tersematlah wajah di lubuk hati, Terjalinlah kasih di lembaran kalbu.
Lihat selanjutnya... |
|