Pantun |
Sumber |
Tema |
Kelam-kabut Kuala Usai, Hujan tidak berhenti lagi; Angin ribut gelombang usai, Baik belayar lawan tepi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Purnama kelam menjelang siang, Mamat menebang kayu sebatang; Nama Aceh tetap dijulang, Semangat pejuang Melayu terbilang. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
Bagaimana hari tidakkan kelam, Hujan turun sehari suntuk; Bagaimana kami tidakkan geram, Puan berjalan pinggul meliuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu malam bulan pun kelam, Hari gelap tak ada lampu; Baju hitam badan pun hitam, Pergi merayap tak ada yang tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayangnya bulan tiada terbit, Hingga pagi terasa kelam; Sayangnya tuan suka menggigit, Bila beristeri kan lari malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tiga belas dayung kupaut, Hendak berdayung tanah seberang; Hati di dalam kelam kabut, Tidak kulupa kepada abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putik pauh tebang mempelam, Mari isi dalam raga; Duduk jauh bulan pun kelam, Tanda kasih kudatang juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putik pauh asam mempelam, Mari makan waktu pagi; Hujan turun di malam kelam, Kerana kasih kumari lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putik pauh asam mempelam, Tanam selasih di kepala titi; Sungguh jauh bulan pun kelam, Kita berkasih di dalam mimpi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelam. |
|
Puisi |
---|
|
Tiga belas dayung kupaut, Hendak berdayung tanah seberang; Hati di dalam kelam kabut, Tidak kulupa kepada abang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 272 Nobody is infillible Tiada manusia yang tidak pernah berbuat silap atau salah Bumi mana tidak ditimpa hujan He may be the greatest leader the country has ever had, but nobody is infallible. His drastic policy has recently brought economic turnmoil to the country. Beliau mungkin pemimpin terhebat di negara itu, tetapi bumi mana tidak ditimpa hujan. Dasarnya yang keterlaluan telah menjadikan ekonomi negaranya kelam-kabut baru-baru ini. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|