Pantun |
Sumber |
Tema |
Apabila makan tidak berkuah, Kesatlah rasa tekak menelan; Apabila kelakuan awak menyalah, Alamat binasa dilantak kawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila makan tidak berkuah, Nasi ditelan rasa tersengkang; Apabila kelakuan awak menyalah, Pergi berjalan dihina orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mengapa sampan hendak berlabuh, Kerana kemudinya sudah patah; Mengapa kelakuan tidak senonoh, Kerana hatinya lupakan Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tanda adat bersendi syarak, Quran dan hadis menjadi tiang; Tanda umat berbudi akhlak, Kelakuan manis hati penyayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Naik bukan sebarang naik, Naik sampan dapat menyeberang; Baik bukan sebarang baik, Baik kelakuan dihormati orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda perlu berfikir, Supaya tua kelakuan senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah orang berhelat, Siapkan makan untuk jamuan; Bukan mudah memegang adat, Beradab sopan barang kelakuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila musang sudah merayau, Banyaklah ayam kan jadi korban; Apabila orang suka meracau, Akhlaknya karam keji kelakuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelakuan. |
|
Peribahasa |
---|
| 183 Like father, like son Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga. Bagaimana acuan begitulah kuihnya She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed. Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana acuan begitulah kuihnya . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|