Pantun |
Sumber |
Tema |
Pokok kelapa hendak ditebang, Batang pula dibuat titi; Sungguh kejam wahai kumbang, Bunga yang sihat hendak disakiti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ada pisau diasah tajam, Untuk membuat jaring ketam; Amerika itu sangatlah kejam, Kuasa diguna untuk mencengkam. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
Orang menajur di tepi sungai, Sungai ada tepi padang; Laksana intan baru dicanai, Kejam celik mata memandang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Adat menebang sama pepat, Bila tidak tunggulnya tajam; Adat menimbang sama berat, Bila tidak hukumnya kejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buruk parang dimakan karat, Sekali asah tidakkan tajam; Buruk orang melupakan adat, Hati pemarah bertindak kejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dibilang kata disebut adat, Siapa mendengar tentulah faham; Orang pendusta mulut berulat, Nama tercemar laku pun kejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa guna membeli parang, Kalau diasah tak mahu tajam; Apa guna menjadi orang, Kalau memerintah berlaku kejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejam |
|
Puisi |
---|
|
Orang menajur di tepi sungai, Sungai ada tepi padang; Laksana intan baru dicanai, Kejam celik mata memandang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 604 There is no venom to that of the tongue Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal Keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia Indeed, there is no venom to that of the tongue. Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal. Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|