Pantun |
Sumber |
Tema |
Adapun hajat sebenar hajat; Ada kehendak di dalam hati; Adapun adat sebenar adat, Kepada syarak dia bersebati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ikat pagar orang berempat, Ikan sepat dalam padi; Kehendak belajar kalau dapat, Alangkah suka dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau ada nenek tua, Kayu bongkok mati dijulang; Kalau kehendak kita berdua, Karam perahu sama direnang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Masak buah pisang lidi, Masak sebuah dengan dua; Apa rupanya kehendak hati, Cuba katakan sepatah dua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Masak sebutir dibelah-belah, Acang dan kain dibasahkan; Sudah takdir kehendak Allah, Orang lain jangan disalahkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kinabalu bertanggalah pati, Ambil gemala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Tidak tumbuh tidak melata, Patah galah dalam padi; Tidak sungguh kehendak kita, Perintah Allah juga yang jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Jangan mudah bunga sudah, Bunga serupa dengan daun; Jangan mati kehendak mudah, Hilang bulan berganti tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kinabalu bertanggalah pati, Ambil kumala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan saya tolak buluh, Saya tolak batang padi; Bukan saya kehendak sungguh, Saya jolok nak tengok hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehendak. |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ada nenek tua, Kayu bongkok mati dijulang; Kalau kehendak kita berdua, Karam perahu sama direnang.
Lihat selanjutnya... |
|