| Pantun | 
    Sumber | 
    Tema | 
   
  | Makan jangan kenyang, Lapar jangan kebulur; Bukan tidak sayang, Salam tidak dihulur. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |  
  | Mengapa pula menjerang nasi, Kerana perut sudah kebulur; Mengapa banyak orang berkelahi, Kerana mulut berbicara kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |  
  | Kalau bersampan tak ada bekal, Di tengah laut terang kebulur; Kalau beriman tak ada beramal, Susah mengikut ke liang kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |  
  | Ikan tenggiri dimasak opor, Ikan parang dimasak santan, Anak Negeri mati kebulur, Orang seberang diberi makan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |  
  | Kerana kainnya sudah koyak, Hendak diikat pastilah kendur; Kerana pemimpin laba dan tamak, Banyaklah umat mati kebulur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |  
  | Kalaulah berkala pecah belah, Bila terhantuk pecah berterabur; Kalau bekerja suka berlengah, Nama kan buruk anak kebulur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebulur |  
  |  
  
    
   
      
                 |