Pantun |
Sumber |
Tema |
Siapa ingat hari kan petang, Tentulah dia bergegas mandi; Siapa beringat kebaikan orang, Tentulah dia membalas budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yu parang yu tenggiri, Jarang-jarang gigi di depan; Tuntut ilmu kebaikan diri, Senjata mengidam darah di badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Matahari naik baru menyidai, Gadis ayu menyalai ikan, Mencari kawan biarlah pandai, Biar tersemai segala kebaikan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau helat hendak ramai, Sanak saudara jangan lupakan; Kalau adat hendak dipakai, Letakkan dia dengan kebaikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebaikan |
|
Peribahasa |
---|
| 154 A good deed is never lost Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed. Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|