Pantun |
Sumber |
Tema |
Pisang raya samanya raya, Pisang kulilit masak di hujung; Tuan kaya samalah kaya, Kami miskin mencari untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pisang raya masak di raya, Pisang lilin masak di hujung; Orang kaya sama kaya, Orang miskin mengadu untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pisang raya masak di raya, Pisang burung masak di ujung; Yang kaya sama kaya, Yang miskin mencari untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pisang raya sama raya, Pisang lilin masak di hujung; Awak hendak sama kaya, Saya miskin mengadu untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga raya merah menyala, Bunga lebih diisi karung; Abang kaya bertambah kaya, Hamba miskin dibawa untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Biarlah orang berhari raya Kita pergi merambah dahan; Biarlah orang mencari kaya, Kita mencari redanya Tuhan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apa guna bunga raya, Kerana tidak berbau wangi; Apa guna rupa dan kaya, Kalau perangai tidak berbudi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Kalau berjalan di jalan raya, Pakai sarung kebaya kasa; Kalau berkawan orang kaya, Asyik teringin hendak merasa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bersuka ria di hari raya, Pakai songkok pakai celana; Jangan terpedaya skim cepat kaya, Modal habis diri merana. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Dibelah dua diambil pati, Campur dengan bunga raya; Telah kutemui pencarian sejati, Cintai Allah yang maha kaya. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaya-raya |
|
Puisi |
---|
|
Pisang raya masak di raya, Pisang lilin masak di hujung; Orang kaya sama kaya, Orang miskin mengadu untung.
Lihat selanjutnya... |
|