Pantun |
Sumber |
Tema |
Kait-kait daun sepulih, Daun sembingai nanang-nanangan; Baik-baik kamu yang mulih, Kamu yang tinggal kenang-kenangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bermain suka-suka, Bermain bola-bola; Kamu mahu merdeka, Sampai bila-bila. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Gayung gendang pecah balai, Kusembah mari raja Cendana; Kamu dendam datang ke mari, Kami tak boleh datang ke sana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Malam ini malam Selasa, Malam besok malam Arbaª; Lepas kamu dari seksa, Di hari kiamat minta doa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Membeli baju bunga kenanga, Ada lebih untuk berganda; Harap pemalu kamu semua, Di situ tuan melihat rupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Malam ini malam Isnin, Malam besok malam Selasa; Tuntutlah ilmu sampai berkenan, Lepaslah kamu dari seksa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Jantung pisang jangan dipatah, Jika patah binasa isi; Jantung hati badan bertuah, Menyelamatkan kamu yang akan pergi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baiklah baik menutuk jati, Biar kurapi menumpang kujangan; Baiklah baik mencari ganti, Untunglah kamu suratan badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kamu. |
|
Puisi |
---|
|
Kait-kait daun sepulih, Daun sembingai nanang-nanangan; Baik-baik kamu yang mulih, Kamu yang tinggal kenang-kenangan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 120 Don't cry stinking fish Jangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain. Campak baju nampak kurap You shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while. Kamu seperti campak baju nampak kurap semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|