Dewan Bahasa & Pustaka Display virtual keyboard interface  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kata adat mengandung kaji, Kaji syarak tiang agama; Lupa adat mendunglah negeri, Negeri rosak orang binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang berjudi, Judi sabung membawa laknat; Jahatlah laku membuang kaji, Kaji dibuang binasalah umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa gunanya menilik kaji, Bila tak tahu halal haram; Apa gunanya adik berjanji, Bila tak mahu tidur setilam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tanda adat bersendi syarak, Meminta kaji pada yang alim; Tanda umat berbudi akhlak, Pantang sekali berlaku zalim.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ubah bukan sebarang ubah, Merubah kaji dalamkan ilmu; Upah bukan sebarang upah. Mengupah laki dalam kelambu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Banyak pula isi sikatnya Elok bersusun setandan penuh; Banyak pula kaji tersiratnya, Untuk penonton hidup senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kerana ayam lupakan taji, Banyaklah musang menahan jerat; Kerana imam lupakan kaji, Banyaklah orang kerja maksiat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ayam kurik kuat berlaga, Taji panjang paruhnya besar; Dalam panik dapat celaka, Kaji dikenang supaya sabar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Aida Manan anak Pak Jala;, Membuka gerai tebing seberang; Adan makanan bertanda halal, Kaji selidik pecah tembelang.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Lain pahat lain bajinya, Lain baji lainlah simpai; Lain adat lain kajinya, Lain kaji lainlah curai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,