Pantun |
Sumber |
Tema |
Kabut pagi menutupi awan, Hari cerah menjadi redup; Kuikut janji menanti tuan, Hati resah jantung berdegup. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kelam-kabut Kuala Usai, Hujan tidak berhenti lagi; Angin ribut gelombang usai, Baik belayar lawan tepi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Waktu pagi kabut pun reda, Hendak bersampan laut berombak; Mahu berhenti takut ke janda, Hendak berjalan lututlah bengkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Mengapa hari tak mahu terang, Kabut tebal setiap pagi; Mengapa laki tak mahu pulang, Takut disambal oleh bini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tiga belas dayung kupaut, Hendak berdayung tanah seberang; Hati di dalam kelam kabut, Tidak kulupa kepada abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabut |
|
Puisi |
---|
|
Tiga belas dayung kupaut, Hendak berdayung tanah seberang; Hati di dalam kelam kabut, Tidak kulupa kepada abang.
Lihat selanjutnya... |
|