| Pantun | 
    Sumber | 
    Tema | 
   
  | Kabus tebal bulan purnama, Kenanga melati, bunga sena; Menghapus kemiskinan agenda utama, Perancangan pembangunan harus dibina. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |  
  | Hutan terbakar di Kalimantan Barat, Kabus tebal tidak terperi; 19 September tarikh tersurat, Isytihar darurat seluruh negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |  
  | Seri Andalas sekota embun, Dari Gersik ke Surabaya; Kasih ibarat setitik embun, Hilang kabus nampak dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Terang hari disinar fajar, Terang fajar sampai ke senja; Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabus nampaklah dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |  
  | Johor Bahru Tanjung Puteri, Angin berhembus di Barat Daya; Jangan dikejar gunung berlari, Hilang kabus nampaklah dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |  
  | Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabus |  
  |  
  
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Seri Andalas sekota embun,      Dari Gersik ke Surabaya;  Kasih ibarat setitik embun,      Hilang kabus nampak dia.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
    |