| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Jika adik masak serunding, Bolehlah dijamu kakak Zaharah; Jika cerdik teman berunding, Jika bodoh disuruh arah. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Jika tuan ke surau, pergi ke surau, Jangan dipetik kenanga, bunga kenanga; Aduhai tuan bergurau, saya bergurau, Saya sudah punya, ada yang punya. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
| Jika berteduh di bawah pokok, Pokok tumbang buahnya lesap; Kalau berkawan orang merokok, Tidak merokok terhidu asap. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Jika berburu di Bukit Emas, Penat berburu mengambil rotan; Dari dulu sudah dikias, Mabuk madu tinggal-tinggalkan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Jika pergi berburu, Singgah pekan tamu, Mahu jadi guru, Mesti kaya ilmu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Jika naik Bukit Pedawan, Ambil kayu dibuat titi; Adik belajar bersama kawan, Guru mengahar senang hati. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
| Jika tuan memanting gambus, Gambus dipanting si burung pingai; Bukan tuan memaksa bagus, Kami memaksa budi perangai. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Jika bergendang kulit kerbau, Dalam majlis tari menari; Adik ini dagang merantau, Mengharap belas abang di sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Jika negeri api di pinggir, Api Cina berdayung tongkang; Datang ke sini mencari fikir, Dayunglah sudah dilayar orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Jika menangkap ikan gelama, Masak rempah sedap rasanya; Ada yang baru ada yang lama, Mintalah saya berjalan sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
| Puisi |
|---|
|
Makan buah berdulang-dulang, Makanan anak si perantau; Jika tuah berbalik pulang, Jika tidak hilang di rantau.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 73 If the cap fits, wear it Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa!" tempelak pengeluar filem itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|