Pantun |
Sumber |
Tema |
Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Ada kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Bila bintang tidak berseri, Itulah tanda hari kan hujan; Apabila abang tidak peduli, Tentulah hamba mencari kawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila menimbang sama berat, Itulah tanda orang yang bijak; Apabila abang sudah sepakat, Lapanglah dada tenanglah otak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Apa bunyi berderang-derang, Itulah bunyi kulit kerang; Ingat bimbang zaman sekarang, Sedikit yang betul banyak yang kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Begitu juga keropok tenggiri, Hasil produk ahli pesara; Itulah wajah anak Negeri, Setia berkorban untuk Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pohon semancun tinggi sehasta, Tempatlah budak berjuntai kaki; Itulah pantun bukankah kata, Bukannya budak tidak mengerti. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kemuning dibuatkan bendul, Semakin ditarah semakin baru; Nasi kuning berpagar telur, Itulah makanan pengantin baru. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tudung dipakai kain cita, Kain murah kain kudi; Tolong menolong budaya kita, Itulah amalan orang berbudi. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata itulah |
|
Puisi |
---|
|
Ada kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati.
Lihat selanjutnya... |
|