Pantun |
Sumber |
Tema |
Jurang bukit umpama kawah, Bila jatuh meratap hiba; 14 hari berlalu sudah, Penyelamat merendah hutan rimba. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Inderapura Pasatapan, Kan berkumpul dagang di Kerinci; Hati hiba bawa berjalan, Dilihat adik ditangisi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pasang lukah dalam jerami, Belum patut di pangkalan; Alangkah hiba hati kami, Belum patutu abang berjalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tuan menanam betik, Siram dengan air sejuk; Jangan hiba bunga yang cantik, Nanti tuan turut telunjuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Walaupun ikan mati dituba, Boleh dibeli untuk pekasam; Walaupun tuan berhati hiba, Hatiku ini dah remuk redam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang berangan di tepi rimba, Batang redan bergolek-golek; Abang jangan berhati hiba, Bulan depan datanglah balik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kampung Jambak menyisir rimba, Di balik kampung Mandaling; Sedang dusanak lagi tak hiba, Konon kok orang berkeliling. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Petang-petang pergi ke rimba, Pergi ke rimba menarah papan; Petang-petang hatiku hiba, Nasi sesenduk tidak termakan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kalau berbiduk usah berdayung, Kalau berdayung bilakan tiba; Kalau duduk jangan bermenung, Kalau bermenung tiba hiba. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| hiba | | Rujuk :sedih |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan menanam betik, Siram dengan air sejuk; Jangan hiba bunga yang cantik, Nanti tuan turut telunjuk.
Lihat selanjutnya... |
|