Pantun |
Sumber |
Tema |
Sifat guru berhati bijak, Bijak bestari tiada menyalah; Adat Melayu bersendi syarak, Syarak berisi Quran dan sunah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Payah sungguh bermain silat, Kerana guru terlalu keras; Sudah berpuluh kukirim surat, Tiada satu yang adik balas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan pilih sebarang pilih, Pilihan mengganti guru bahasa; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih bersemai antara bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
Sifat mana yang kita pandang, Sifat guru berhati bijak; Adat mana yang kita pegang, Adat Melayu bersendi syarak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Budak-budak menampung amin, Anak murid menghadap guru; Harimau jangan main, Belum kena belum tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jika pergi berburu, Singgah pekan tamu, Mahu jadi guru, Mesti kaya ilmu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Dari mana mula dikejar, Rusa lari tepi perigi; Guru mana tuan belajar, Cuba hadap sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ambillah kayu buatlah pondok, Pondok dapat tempat berhenti; Ambillah guru adatnya elok, Elok beradat sifat terpuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ambillah kayu buatlah titi, Titi ada dapat menyeberang; Ambillah guru taat berbudi, Budi mulia dihormati orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ambillah kayu buatlah sampan, Sampan selesai dapat belayar; Ambillah guru taat beriman, Iman penyimpai sifat penyabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |