Pantun |
Sumber |
Tema |
Gugur jadi tanah, Tumbuh jadi tebu; Duduk dalam rumah, Tolong ayah ibu. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Gugur melati di makan kumbang, Layulah tangkai patah kelopak; Hancur hatiku bukan kepalang, Rindu tak sampai cinta ditolak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Gugur melati bunga dikarang, Kumbang mencari ke mana-mana; Hancurlah hati hamba sekarang, Orang membenci apakan daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Gugur buah di pagi hari, Ada masak ada yang muda; Hancur sudah hatiku ini, Cinta ditolak begitu saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jika gugur bunga durian, Tengah hari boleh dikarang; Jika begitu katamu tuan, Sepurnama lagi kami datang. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Nak gugur gugurlah nangka, Jangan ditimpa si ranting pauh; Nak tidur tidurlah mata, Jangan dicinta orang yang jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa si ranting pauh; Hendak tidur tidurlah mata, Jangan teringat orang yang jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa si ranting pauh; Hendak tidur tidurlah mata, Jangan dikenang orang yang jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sekali pinang gugur, Sekali upih tanggal; Sekali abang mundur, Mati pun tdak menyesal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau nak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa ranting pauh; Kalau nak tidur tidurlah mata, Jangan diingat saya yang jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugur |
|
Puisi |
---|
|
Hendak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa si ranting pauh; Hendak tidur tidurlah mata, Jangan teringat orang yang jauh.
Lihat selanjutnya... |
|