Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau dahan selalu goyah, Manakan dapat hendak bertumpu; Kalau makan terlalu serakah, Manakan ingat ke anak cucu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila lutut sudah goyah. Tegak mengerang duduk mengeluh; Apabila mulut suka memfitnah. Banyaklah orang menjadi musuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang beradat teguh pendirian, Dihasung dihasut tidakkan goyah; Membuang adat runtuhlah iman, Kampung kusut negeri terbelah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bagaimana dahan takkan patah, Bila kayunya dimakan ulat; Bagaimana iman tidakkan goyah, Bila mahu berkawan penjahat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana belut tidakkan marah, Anak buaya suka memekak; Bagaimana lutut tidakkan goyah, Awaklah tua suka merangkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tempua ditimpa antan, Kaki luka mulut berdarah; Awaklah tua selera menyetan, Berbini muda lutut pun goyah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |