Pantun |
Sumber |
Tema |
Walaupun beruk merasa gerun, Nampak manggis lapang dadanya; Walaupun datulah tua rabun, Nampak gadis terang matanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak harimau di Gunung Daik, Banyak orang berasa gerun; Batu kecil berguling naik, Batu besar berguling turun. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Yang naik ke atas, Yang turun ke bawah; Yang naik bernafas, Yang gerun telapah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Waktu mandi pagi dan petang, Tak sabun bawalah sabut; Baru sekali pergi meminang, Kerana gerun mulaslah perut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerun |
|
|