Pantun |
Sumber |
Tema |
Gegap gempita suara gendang, Muzik berperang di masa silam; Gelap rasanya dunia abang, Adik kupandang bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Gegap gempita suara penyanyi, Muzik seronok biola dan rebab; Gelaplah rasanya dunia ini, Adik merajuk tiada bersebab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Gegap gempita orang berperang, Bunyi senjata berdencing-dencing; Gelaplah mata abang sekarang, Adik kupuja tak ambil pusing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tabuh gendang bunyi bertalu, Orang bergerak gegak-gempita; Sungguh malang nasib diriku, Cinta ditolak harapan hampa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna angin bertiup, Kalau tak ribut gegak gempita; Apalah guna kita nan hidup, Kalau sama berputih mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gempita |
|
|