Pantun |
Sumber |
Tema |
Walaupun lutut rasa gementar, Kerana diburu berpacu pulang; Walaupun perut sudah lapar, Kerana malu mengaku kenyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang dipindang ikan, yang dibakar daging; Yang dipegang tangan, Yang gementar keting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu membeli tali seluar, Banyak mulut turut mengusut; Baru berdiri kaki gementar, Hendak duduk buntut berbisul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Walau laut berombak besar, Kerana janji bertolak juga; Walau lutut sudah gementar, Kerana laki dipeluk juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Mengapa kakinya menjadi pengkar, Tertumbuk ke besi pemagar rumah; Mengapa lakinya jadi gementar, Menengok bininya sebesar gajah null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Alangkah sayu hati di dalam, Mendengar guruh dayu-mendayu; Abang merayu siang dan malam, Gementar tubuh menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Berebut beruk lari ke padang, Lari dikejar si ular sawah; Takut menengok bini meradang, Kaki gementar celana pun basah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang lambat tentu terlambat, Hendak berlari kaki pengkar; Jambang lebat bulu pun lebat, Banyaklah isteri lari gementar | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gagak hinggap di dahan kayu, Suaranya kuat dahan bergetar; Hendak bercakap lidahku kelu, Hendak mengurat tangan gementar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Patah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |