Pantun |
Sumber |
Tema |
Adat Melayu pantang mendengki, Orang pendengki hidup gelisah; Jahatlah laku orang pengeji, Orang pengeji dikutuk Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalaulah cukup membawa bekal, Ke mana berjalan tiada gelisah; Kalaulah hidup sempurna akal, Di mana berkawan hatinya rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Belilah galah barang sebatang, Supaya mudah menjemur kain; Hati gelisah abang tak datang, Apakah pindah pada yang lain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Badik diasah berulang kali, Untung berperang melawan musuh; Adik gelisah mengenang janji, Ku tengok abang kian menjauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain putih masih basuh, Letak jangan tempat beradu; Kelau berkasih resah gelisah, Tidak terasa manisnya madu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Bagaimana periuk takkan tumpah, Bila apinya terlalulah besar; Bagaimana duduk takkan gelisah, Bila hatinya tak tahu bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Asap api dari penanggah, Tempat memasak nasi gulai; Tiap hari hati gelisah, Surat kukirim tidak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Susah menyesah kain basah, Rama-rama terbang ke mari, Usah resah usah gelisah, Sama-sama jatikan diri. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Belilah lampu untuk pelita, Supaya rumah menjadi terang; Hatiku pilu dimasuk cinta, Kerana gelisah menanti abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Siang malam memotong kayu, Naik ke rumah badan pun letih; Abang dendam menanggung rindu, Adik gelisah menahan sedih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |