Pantun |
Sumber |
Tema |
Cara mana memecah gelas, Gelas dipecah dalam telaga; Tuan laksana bunga nerejas, Bunga dicium dalam syurga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ada gelas berisi bunga, Ada kayu dibelah-belah; Seikhlas hati kami berdoa, Mangsa Tsunami dirahmati Allah. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Beli gelas beli cawan, Untuk pagi Hari Raya; Tidakkah belas hati tuan, Melihat nasib hidup saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Api dalam gelas, Sayang selasih berisi minyak; Budi bertiga tidak terbalas, Terima kasih banyak-banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Bubuh racun di dalam gelas, Kalau minum tentulah mabuk; Tuan terima dengan ikhlas, Boleh tidak saya nak masuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Air ini air minuman, Air letak dalam gelas; Surat ini surat kiriman, Harap juga abang balas. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pecah piring menjadi kaca, Pecah kaca menjadi gelas; Surat dikirim harap dibaca, Sudah dibaca harap dibalas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nak majun kubagi majun, Majun sebutir di dalam gelas; Nak pantun kubagi pantun, Pantun sebutir tidak berbalas. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam gelas; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit tidak berbalas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelas |
|
Puisi |
---|
|
Beli gelas beli cawan, Untuk pagi Hari Raya; Tidakkah belas hati tuan, Melihat nasib hidup saya.
Lihat selanjutnya... |
|