Pantun |
Sumber |
Tema |
Gelap-gelap minum kopi, Ambil pisau potong roti; Tak boleh hajat di hati, Biar bujang sampai ke mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Gelap gelita di Kampung Hulu, Menitik peluh dari dahi; Orang bercinta rindu selalu, Jika jauh jatuh berahi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Gelap sungguh di tengah malam, Kerana bulan belum purnama; Ramai sungguh orang di laman, Saya tak tahu datang dari mana. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Andainya gelap tidak berlampu, Tentulah takut membawa peti; Andainya hidup tidak berilmu, Tentulah perut tiada berisi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Biarlah gelap api didusun, Asal berdentang bunyi gelita; Biarlah kami mati diracun, Asal bertentang sudut mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hari gelap hati pun risau, Duduk diam masuk kelambu; Laki berkurap bini berpanau, Siang malam duduk bergaru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Subuh gelap orang ke ladang, Menjenguk padi sedang berbuah; Sungguhpun kerap abang memandang, Untuk berjanji terkalang lidah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hari gelap pasang pelita, Pasang mari dalam kelambu; Kita juga bercinta-cinta, Orang benci kita tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun hari gelap-gelita, Perahu terus juga merapat; Walaupun kami tidak berharta, Cintaku tulus dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila hari bertambah gelap, Nyalakan cepat suluh pelita; Apabila laki tambah menyelap, Minta nasihat pada yang tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelap |
|
Puisi |
---|
|
Gelap sungguh di tengah malam, Kerana bulan belum purnama; Ramai sungguh orang di laman, Saya tak tahu datang dari mana.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 320 If you lie down with dogs, you'll get up with fleas Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama. Bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities. Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti k Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|