Pantun |
Sumber |
Tema |
Sirih gagang tumbuh di batu, Buluh hutan buatkan galah; Kasih sayang tak boleh tentu, Jodoh pertemuan di tangan Allah. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Sirih pinang gagang pinang, Patah pucuk si gembila; Cahaya pinang naik ke kening, Cahaya sirih naik ke muka. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sirih kuning gagang menguning, Mari tanam belukar sana; Seri sirih naik ke kening, Seri pinang naik ke muka. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sirih kuning gagang layu, Hentam panas sembilan bulan; Sirih kuning hajat aku, Hendak bertemu dengan tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bertepuk gelombang sampan, Singgah ke tajuk gagang sirih; Duduk selapik sedaun makan, Hati di dalamlah berselisih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tanduk menjadi gading, Ambillah sirih dengan gagang; Kalau duduk dalam berunding, Fikiran jernih dada pun lapang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tutunglah dia tutung pelita, Pakai menyuluh si gagang sirih; Berperanglah datang dengan dewa, Hendak merebut intan terpilih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Bugis memberi salam, Pak Utih menyambut girang; Menangis siang menangis malam, Sirih tidak pulang ke gagang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagang |
|
Puisi |
---|
|
Sirih pinang gagang pinang, Patah pucuk si gembila; Cahaya pinang naik ke kening, Cahaya sirih naik ke muka.
Lihat selanjutnya... |
|