Pantun |
Sumber |
Tema |
Sisir-sisir rambut panjang, Sudah disisir disolek bunga; Fikir-fikir sepanjang-panjang, Sudi menatang kitak berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ukir-ukir pinang Betawi, Pinang satu dibelah dua; Fikir-fikir badan sendiri, Bantal satu kepalanya dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ada kacang tumbuh di akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Orang hulu memalu nobat, Nobat dipalu kayu berangan; Fikir dahulu sebelum buat, Kalau dibuat menyesal jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tembuk tabir bawakan benang, Tembuk dinding bawakan damar; Terumbuk fikir bawa bertenang, Tertumbuk runding bawa bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sisirlah sisir rambut panjang, Lepas disisir disolek bunga; Fikirlah fikir sepanjang-panjang, Datang hujan tidak berguna. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tuan berzikir gembak serakal, Saya menyebut Allahu Rabbi; Jika tak fikir dengan juak gekal, Apalah sebab jadi begini. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Budak Mesir berdagang intan, Turun balai menuju ke paya; Hendak fikir memakan umpan, Bibir berkait badan tak rela. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Terang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikir |
|
Puisi |
---|
|
Ukir-ukir pinang Betawi, Pinang satu dibelah dua; Fikir-fikir badan sendiri, Bantal satu kepalanya dua.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 335 Look before you leap Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru). Pukul anjing tengok-tengok tuannya I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one. Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|