Pantun |
Sumber |
Tema |
Kocak-kocak terbuka jala, Ikan mengena haluan perahu; Esok-esok bertanya janda, Asal senyum tandanya mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Esok berbunga engkau keduduk, Berbunga sekali berganding buah; Esok berguna engkau tanduk, Guna menyendi gading bertuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mengapa takut menempa belati, Esok Iusa kan ditempa juga; Mengapa takut menempuh mati, Esok lusa kan ditempuh juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Den jajar maka den kisai, Esok tidak ke ladang lagi; Diajar badan merasai, Esok tidak tergamang lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Malam ini merendam jagung, Malam esok merendam serai; Malam ini kita berkampung, Malam esok kita bercerai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Malam ini menggulai kangkung, Malam esok menggulai serai; Malam ini kita berkampung, Malam esok kita bercerai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Malam ini menanam jagung, Malam esok merendam serai; Malam ini kita sekampung, Malam esok kita bercerai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hari ini hari Ahad, Esok hari Isnin; Kalau kerja tidak muafakat, Kerja kita itu main-main. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Hendak jumpa Nabi Muhammad, Hendak menghadap Tuhan yang satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga di pasu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata esok |
|
Puisi |
---|
|
Den jajar maka den kisai, Esok tidak ke ladang lagi; Diajar badan merasai, Esok tidak tergamang lagi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 326 Into every life a little rain must fall Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara) Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door. Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|