Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau hendak menjerat rusa, Siapkan tali disimpul erat; Kalau hendak berbuat jasa, Tetapkan hati betulkan niat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang beradat menepati janji, Ikrar dan sumpah dipeluk erat; Membuang adat mematikan budi, Tercemarlah nama dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tiang rumah bersegi empat, Sudah berdiri sebulan penuh; Abang sudah berjanji erat, Mengapa kini berjalan jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau lepat sudah dikukus, Jerang ketupat dalam kuali; Kalau muafakat sudah putus, Peganglah erat sampai mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata erat-erat |
|
|