Pantun |
Sumber |
Tema |
Terubuk masin enak rasanya, Jadi sebutan para pelancong; Tumbuk rusuk rasuah katanya, Orang berbudi dipandang serong. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bila memakan buah cempedak, Enak rasanya bukan kepalang; Bila kutahan dadaku sesak, Hendak menyapa segankan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Wangi sekali minyak jelantan, Enak digoreng bersama kerak: Laki bini tegak berbantah, Anak kencing mentua terberak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Elok belat dapatlah ikan, Rasanya enak dibuat gulai; Elok adat selamatlah badan, Saudara banyak sahabat ramai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah jambu masak ranum, Makan enak bulan puasa; Abang lalu sambil tersenyum, Hendak dikenang tidak berjasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daripada manggis eloklah mangga, Kerana mangga rasanya enak; Daripada gadis eloklah janda, Kerana janda ilmunya banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bukan kuah sebarang kuah, Kuah berempah dijamin enak; Bukan tua sebarang tua, Tua kelapa makin berminyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Dapat udang dibuat pindang, Makan bertambuh rasanya enak; Ingat abang hatiku bimbang, Entah sungguh entahkan tidak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kodok di atas papan, Mati dipatuk si ular sawa; Enak sungguh mimpikan tuan, Serasa menjenguk pintu syurga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pekan Berjaja pekan tertua, Banyak menjual kain kasa; Makan semeja kita berdua, Enak tidak sama dirasa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |