Pantun |
Sumber |
Tema |
Emak! Emak! Mintaku lada, Hendak menyayur pisang tumbang; Emak! Emak! Mintaku janda, Janda ada beranak seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Emak! Emak! Anyam raga, Nak mengisi si raga inai; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda menuai. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Emak! Emak! Anyam ke raga, Nak mengisi telur merbah; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda mengubah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ya ya kucing di rakit, Kucing makan jeruk belimbing; Emak! Emak! Tunangku sakit, Mari intai balik dinding. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Nguak-nguak kerbau di padang, Kerbau seekor kutarik ke huma; Emak! Emak! Tunangku datang, Bentang tikar tabur bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ikan puyu lemak, Masak kuah lada; Intan rangkul emak, Buah hati emak juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Zaman emak mudik ke hulu, Ikan kekek makanan biawak; Zaman emak menjahit baju, Lekat sikit bawah ketiak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Masa emak mudik ke hulu, Buat sunting bunga kenerak; Masa emak buat baju, Bubuh sikit bawah ketiak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Patuh Melayu kepada emak, Dari kecil ia besarkan; Senonoh laku mulia akhlak, Hari yang batil ia hindarkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Senggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat; | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata emak |
|
Puisi |
---|
|
Emak! Emak! Anyam raga, Nak mengisi si raga inai; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda menuai.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 142 You'll be damned if you do and damned if you don't Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|