Pantun |
Sumber |
Tema |
Anak pipit kembang ekor, Petang-petang ulam pegaga; Ulit cik adik bawa tidur, Petang-petang abang ada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak pipit kembang ekor, Masak susu linggang-linggang; Ulit cik adik bawa tidur, Tutup pintu renggang-renggang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak pipit kembang ekor, Orang memanah padang seberang; Adik tidak beralih tidur, Takut dimarah oleh abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam kurik rambaian tedung, Ekor berjela di dalam padi; Kalau menitik tangan menampung, Marilah kita menyulam janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam bertuah terbang mengapung, Ekor berjela di dalam padi, Diberi kain ditilamkan; Dalam tanah nan tujuh bidang, Adik seorang yang abang pilih, Yang lain abang haramkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Asuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jak jeti murai batu, Kereta ekor potong kepala; Kalau kudapat kemudi itu, Kutabur urai tujuh kuala. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Tek kerencing orang semandi, Cabut ekor tinggal kepala; Tak sabit barang ke mari, Sesal juga dalam kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tiga petak tiga penjuru, Tiga ekor kumbang di dalam; Sama susut sama rindu, Sama tak tidur siang malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tiga petak tiga penjuru, Tiga ekor kumbang dalam; Teresak-esak menanggung rindu, Sampai tak tidur siang malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekor |
|
Puisi |
---|
|
Anak pipit kembang ekor, Masak susu linggang-linggang; Ulit cik adik bawa tidur, Tutup pintu renggang-renggang.
Lihat selanjutnya... |
|