Pantun |
Sumber |
Tema |
Api-api dusun, tembaga dusun, Anak Keling kaca, bergelang kaca; Bukan mati racun, kerana racun, Mati terhelin mata, si ekor mata. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Pergi ke dusun berhari-harian, Tanah baru hendak dibuka; Macam timun dengan durian, Menggelek luka digelek pun luka. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Api-api tembaga dusun, Anak Perlin bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terjelir si ekor mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Api-api berpagar dusun, Anak Keling bergelang suasa; Bukan mati kerana racun, Mati kerana tidak kenal biasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah kecapi di tepi dusun, Batangnya layu dijilat api; Sudah kunanti berbilang tahun, Abang tak datang menjenguk kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana orang takkan beramuk, Dusun dan desa di rosak musuh; Bagaimana abang takkan merajuk, Bertahun ku puja adik tak acuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak harimau di dalam dusun, Rusa tersepit di celah pandan; Cari bomoh serta dukun, Bertambah bisa penyakit di badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kacang kelisa tumbuh di dusun, Tumbuh sepohon di tiang layang; Kami menyambut bersusun-susun, Kerana meraikan pengantin datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Terkelip-kelip api di dusun, Anak Cina bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terpanah di ekor mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kelip-kelip pergi ke dusun, Anak keling bergelang kaca; Kalau tak mati kerana racun, Yang manis kuambil juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dusun |
|
Puisi |
---|
|
Api-api tembaga dusun, Anak Perlin bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terjelir si ekor mata.
Lihat selanjutnya... |
|