Pantun |
Sumber |
Tema |
Duka resah usah dikenang, Kemboja puspa harum kenanga; Ketika susah ketika senang, Kita lupa akan rahmat-Nya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Suka duka malam menjelang, rahmah makan tidak bergulai; Jika belajar alang kepalang, Eumah terbakar kampung tergadai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Suka duka orang berniaga, Untung setahil rugi sekati, Luka lama berdarah semula, Rindu berbisik di sudut hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Biji nangka jangan ditelan, Bila ditelan tentu tercekik; Hatiku duka putus harapan, Kerana lama merindukan adik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Beri kami sekuntum, Bunga tangan Era; Adik suka tersenyum, Penawar duka lara. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Buah cempedak dimakan ungka, Dapat seulas tidak berbiji; Sudah retak menahan duka, Abang tak belas·kepada kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih puan depan tangga, Menyambung datang orang marhaban; Tanya puan dijawab duka, Bunga di jambangan telah kepunyaan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh cina berwarna kuning, Tegak lurus dengan kukuhnya; Kerana adik sudah berpaling, Badanku kurus menanggung duka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan puasa menahan lapar, Waktu maghrib orang berbuka; Putus cinta badan terkapar, Membawa nasib menahan duka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Telur itik hendak menetas, Dicantuk ayam terbelah dua; Kutegur adik tidak membalas, Elok kudiam membawa duka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |