Pantun |
Sumber |
Tema |
Duduk-duduk menggali lubang, Dalam lubang pasang pelita; Duduk-duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Duduk-duduk dalam perahu, Menjala todak menjaring udang; Elok-elok adik menunggu, Bila tidak disunting orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Duduk-duduk orang berkumpul, Melihat ombak di tepi pantai; Elok-elok abang menyimpul, Bila tidak janji terungkai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Duduk-duduk atas jambatan, Budak-budak membelah rotan; Baik dibuang segala muatan, Datang barat campur selatan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Duduk-duduk di tepi pantai, Ambil joran pancing selampai; Kumbang bersengat kalau sampai, Memang layu bunga di tangkai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Catuk bukan sebarang catuk, Catuk ayam menang berlaga; Duduk bukan sebarang duduk, Duduk diam mengenang janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang singgah diajak duduk, Duduk merokok saling bertanya; Orang nikah awak yang mabuk, Mabuk menengok juling matanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Duduk tak duduk gali lubang, Asal gali lubang juga; Duduk tak duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau sudah duduk beramai, Jangan lagi duduk seorang; Kalau sudah duduk berdamai, Jangan lagi diajak parang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yanglah duduk biarkan duduk, Supaya cepat ke tempat tidur; Orang tua bongkok biarlah bongkok, Supaya ingat ke pintu kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |