Pantun |
Sumber |
Tema |
Jaik hati mengail keli, Keli dikail di bawah batang; Jaik hati mengenang diri, Diri dikenang si anak dagang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari mahu berlapar; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri mahu belajar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berperahu; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan berilmu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berhujan; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan amalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Usah menuba di tengah ari, Patah kemudi diganti galah; Usah berhiba meratap diri, Berserah diri kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ke sana bukit sayang, ke sini bukit, Tengah-tengah berduri sayang, pokok berduri; Ke sana sakit sayang, ke sini sakit, Ke mana tempat diri, kubawa diri. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Batik Jawa kalungan puteri, Seribu Seribu benang kain Semarang; Jika tuan memencil diri, Susah senang diri seorang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Bunga melur setangkai diri, Anak udang dari Patani; Tidur malam seorang diri, Aku tak tahu selama ini. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata diri |
|
Puisi |
---|
|
Bunga melur setangkai diri, Anak udang dari Patani; Tidur malam seorang diri, Aku tak tahu selama ini.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 62 Blow your own trumpet Membangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri. Mengepit daun kunyit "I don't want to blow your own trumpet, but I can cook better than that celebrity chef," said the kitchen helper. "Aku tak mahulah mengepit daun kunyit, tetapi aku lebih pandai memasak daripada jurumasak terkenal itu," kata pembantu dapur tersebut. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|