Pantun |
Sumber |
Tema |
Dinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Rumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rumah bertiang dinding papan, Tanam selasih di tengah laman; Biar hilang segala harapan, Namun kasih hamba turutkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak tikus meratap dinding, Dikejar musang terberak-berak; Awak kurus cakap melenting, Ditampar orang tulang berselerak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kepiat lampam ke dinding, Dia makan bunga padi; Adik duduk sanggul berdendang, Bak bunga kembang pagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau duduk di tepi dinding, Jangan suka mengerat lantai; Kalau duduk dalam berunding, Jangan suka memandai-mandai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pepat-pepat menebang di dinding, Hendak menanam buah betik; Penat-penat abang bertanding, Hendak melihat senyum adik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Saya malas berumah tinggi, Dinding berlekuk tiang bertarah; Saya malas beranak tiri, Katuk sikit bapanya marah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Daun terup sisip di dinding, Sanalah sini hujung gagangnya; Jangan diharap sepet menyinding, Sanalah sini tuju tantangnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Terang bulan di Pulau Dinding, Jerjak bertentang si Pulau Kera; Malangku tuan tiada banding, Tuan seorang penglipur lara. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinding |
|
Puisi |
---|
|
Rumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang.
Lihat selanjutnya... |
|