Pantun |
Sumber |
Tema |
Dijual oleh anak Kedah, Banyak terdapat di kedai Jamilah; Gagah tampan menyusun langkah, Tidak tercucuk jarum sebilah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Betik dijual di pasar Padawan, Air mengkudu air tebu; Adik seorang rindu-rinduan, Orang dirindu tak ambil tahu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Cendawan dijual berkati-kati, Buah kundur, niji kopi; Tuan selalu di dalam hati, Dalam tidur termimpi-mimpi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Belum dijual sudah dipegang, Tentulah harga tiada cocok; Belum kenai sudah temberang, Tentulah hamba tidak menengok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Belum dijual sudah dibeli, Manakan boleh tawar-menawar; Belum kenai sudah ke mari, Manakan boleh hamba keluar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Belum dijual sudah diacu, Manakan boleh dicuba-cuba; Belum kenai sudah merayu, Manakan mahu hamba menyapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Nanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Tikar pandan dijual murah, Putih melepak bagaikan upih; Biar badanku menjadi tanah, Kasihku tidak akan beralih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tikar pandan dijual orang, Putih melepak harga pun murah; Biar badanku tinggal tulang, Kasihku tidak akan berubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijual |
|
Puisi |
---|
|
Nanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 68 Never buy a pig in a poke Jangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu. Membeli kucing dalam karung "Remember the saying, never buy a pig in a pok. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig "Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|