Pantun |
Sumber |
Tema |
Demi citra bunga-bunga, Pesta Bunga melawat Malaysia, Suami tua lupa dirinya, Isteri tersenyum menyimpan rahsia. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Sayang galah hujungnya tirus, Hendak mengait sarang merpati; Demi Allah sumpah putus, Sudah berjanji wajib tepati. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Pandai mengalah meniti batang, Raja Panji turun berkuda; Demi jauh tuan datang, Menuntut janji dari semula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Padiku lembut padiku ini, Air gunung menjadi padang; Demi kuturut hatiku ini, Bungalah tanjung kubawa pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Membeli tali pasar Senyawan, Dayang Juita berjalan kaki; Demi kupandang wajah menawan, Manakan ajak apa jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batu belah pecah seratus, Pecah ditimpa kayu berangan; Demi Allah setelah kutulus, Sebelum berjanji lepas di tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angkatlah dari pasar landih, Membeli tali pasar senyawan; Demi kupandang wajah kekasih, Merosak hati menggugur iman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak belah pecah seratus, Nampak berbalam di hutan lipur, Demi Allah sumpah putus, Sudah digenggam masakan lebur. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata demi |
|
Puisi |
---|
|
Pandai mengalah meniti batang, Raja Panji turun berkuda; Demi jauh tuan datang, Menuntut janji dari semula.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 195 To fish in troubled waters Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri. Menahan jerat di tempat genting The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict. Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan jerat di tempat genting dengan menjual senjata kepada Negara terbabit. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|