Pantun |
Sumber |
Tema |
Wakil bukan sebarang wakil, Wakil tetap mewalikan anak; Degil bukan sebarang degil, Degil menyelap gilakan talak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Wakil bukan sebarang wakil, Wakil orang menghantar tanda; Degil bukan sebarang degil, Degil miang mengejar janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Wakil bukan sebarang wakil, Wakil mutlak memegang janji; Degil bukan sebarang degil, Degil gatal hendak berlaki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Wakil bukan sebarang wakil, Wakil mutlak memegang janji; Degil bukan sebarang degil, Degil memekak tunangnya lari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Wakil bukan sebarang wakil, Wakil hendak menjadi wali; Degil bukan sebarang degil, Degil hendak mencari bini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yanglah kecil biarlah kecil, Supaya dapat mengenal dirinya; Orang tua degil biarlah degil, Supaya cepat tanggal giginya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Wakil udang kepada belida, Wakil belida kepada buntal; Degil bujang kerana janda, Degil janda kerana gatal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Wakil badak kepada kuda, Wakil kuda kepada musang; Degil budak kerana manja, Degil tua kerana miang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tegak adat hidup senonoh, Pemimpin adil rakyat sejahtera; Rosak adat hidup bergaduh, Pemimpin degil rakyat derhaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |