Pantun |
Sumber |
Tema |
Debu berdebuk labu bercampak, Kelit berkelit tanlung lentera; Seburuk-buruk ibu dan bapak, Wajib dijunjung dan dipelihara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mengapa tanah menjadi debu, Kerana lama tak turun hujan; Mengapa lidah menjadi kelu, Kerana terlena melihat tuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau kain sudah bersih, Jangan biarkan debu melekat; Kalau pemimpin sudah dipilih, Jangan biarkan berlaku nekad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang berlari diburu hujan, Bila tidak basah semuanya; Abang seperti debu di jalan, Sedikit tidak ada harganya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pukul empat pukul lima, Pukul enam hari siang; Tidak dapat macam selama, Biar menjadi debu melayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Satu keempat pukul lima, Baru mendapat hari nak siang; Hendak mendapat macam yang lama, Biar menjadi debu melayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata debu |
|
Puisi |
---|
|
Satu keempat pukul lima, Baru mendapat hari nak siang; Hendak mendapat macam yang lama, Biar menjadi debu melayang.
Lihat selanjutnya... |
|