Pantun |
Sumber |
Tema |
Burung tebit burung jelatuk, Singgah hinggap di Tanjung Petani; Minta tabik segala datuk, Datuk bumi belantara sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Burung belibis burung jelatuk, Singgah menyewa di kampung petani; Minta tabik segala datuk, Datuk ada semua di sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Datuk Mansur Datuk Bendahara, Ketiga dengan Datuk Drahman; Hati bersyukur jiwa terpelihara, Hidup selalu dalam aman. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Datuk Merpatu konon cerita, Beranak naga Sang Seri Bulan; Bertongkat dagu bersengkang mata, Menanti pulang dirimu tuan. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Datuk Kelana pergi menangguk, Tersangkut tangguk di sauh kapal; Saya umpama orang mengantuk, Apatah lagi disorong bantal. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Datuk Perdana mengupas upih, Limau manis dalam cerana; Saya laksana kertas putih, Boleh ditulis sebarang warna. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Datuk Pangeran masuk ke Jambi, Naik ke darat memotong getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Datuk Naning raja Melayu, Layar perahu patah kemudinya; Dahan berganding di pohon kayu, Saya tahu di mana condongnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Datuk Bentara mudik ke hulu, Hajat membina sebuah kota; Biar mara datang bertalu, Namun cinta kugagah juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu datuk membeli bayam, Di pasar ramai orang keluar; Barukan duduk memberi salam, Seluar terburai orang pun bubar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata datuk |
|
Puisi |
---|
|
Burung belibis burung jelatuk, Singgah menyewa di kampung petani; Minta tabik segala datuk, Datuk ada semua di sini.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 628 Walls have ears Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears, but the windows have eyes and the doors have tongues too! Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|