Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalaulah luka terlalu besar, Darah keluar mata pun gelap; Kalau orang tua berlaku kasar, Dosanya besar mati pun azab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau luka terlalu banyak, Darah keluar payah berhenti; Kalau derhaka ke ibu bapak, Dosanya besar Allah pun benci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jin besar turun bertapa, Minum darah segantang sehari; Ikan di laut jangan dituba, Siamang di rimba habis mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Apabila membeli udang, Jangan yang amati darah; Apabila dipuji orang, Jangan menjadi pongah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jangan suka mengasah parang, Tangan luka darah tergenang; Jangan suka menyusahkan orang, Tuhan murka orang tak senang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sakit sungguh tertelan duri, Sampaikan pagi darah keluar; Sakit sungguh termakan budi, Sampai mati tiada terbayar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hinggaplah hinggap ke kayu tinggi, Tumpah darah ke daun pisang; Kamek datang tumpang di sini, Kain basah kering di pinggang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Susahlah hati anak merpati Nampaknya kuda meminum darah· Susahlah hatinya hendak berlaki, Awaklah janda sebelum nikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kain kaca berbunga dedap, Dibawa nakhoda ke negeri Keling; Darah gemuruh rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Selat Teberau lompat gajah, Sambil menanduk akar dedalu; Berderau rasanya darah, Hendaklah ke janda dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |