Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau seribu dapat disimpan, Dapat membeli seekor keldai, Kalau beribu ayam jantan, Dapat anak bijak dan pandai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Asalkan dapat kita mandi, Dapat mencari ikan seluang; Asalkan dapat kita menjadi, Adat diisi lembaga dituang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yakin di hati yakinlah umat, Niat tak habis pada yang luhur; Lain dicari lain yang dapat, Tak dapat gadis janda pun syukur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Dapat kolek bawa menjalar, Dapat kan bawa ke pasar; Ingat adik rasakan gila, Penatlah badan menahan sabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat semangka dibelah-belah, Lazat dimakan ketika panas; Teringat adinda hatiku gundah, Surat kukirim tiada berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat udang dibuat bekal, Untuk dimakan di banjar lading; Teringat abang hatiku kesal, Kerana berjalan lama tak pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat udang perahu pun karam, Kerana diterpa gelombang besar; Teringat abang hatiku geram, Kerana dah lama tak ada khabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat udang dibuat pindang, Makan bertambuh rasanya enak; Ingat abang hatiku bimbang, Entah sungguh entahkan tidak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat udang bawa belayar, Hendak dijual pembeli sayur; Teringat abang dada berdebar, Sejak kukenal belum menegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat udang menjadi lauk, Dimakan bersama anak-beranak; Teringat abang hatiku remuk, Pesan tiada khabar pun tidak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat |
|
Puisi |
---|
|
Tidaklah dapat kuikat-ikat, Kuikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 297 The leopard cannot change its spots Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah. Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan? I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose! Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|